Pada 9 May 2015, kumpulan kedua telah menjalankan hari
pertama jalinan masyarkat di Kolej Kediaman Ketujuh (KK7). Kumpulan kedua telah
berkerjasama dengan kumpulan satu untuk menjayakan aktiviti ini.
Aktiviti
dimulakan dengan sesi motivasi yang bernama Disability Equity Training (DET).
Sesi motivasi ini telah menjemput Encik Firdaus untuk menyampaikan ceramah.
Encik Firdaus yang merupakan seorang orang kurang upaya (OKU) yang menginap di
KK7 berkerja di Seksyen Kaunseling dan Kebajikan OKU University Malaya, malah
beliau sebelum itu pernah menjadi pemudahcara mahasiswa semasa
mingguhaluansiswa.
Hasil
selama satu jam sesi motivasi Disability Equity itu, saya lebih memahami dan
memberi hormat kepada OKU. Kita perlu mengubah persepsi kita terhadap OKU. Sebelum
itu, kita sering kesian dan simpati terhadap OKU. Tetapi sebenarnya, OKU boleh
menjalankan aktiviti seperti orang biasa seperti membaca, membasuh baju,
belajar, menggunakan komputer, menganjurkan aktiviti seperti PERMIUM dan
sebagainya. Oleh itu, kita perlu melihat OKU sebagai orang biasa dan bukanlah
melayan mereka sebagai golangan “istimewa” dan menghormatkan mereka.
Selepas
itu, aktivti dijalankan seterusnya adalah sesi interaksi dengan OKU. Kumpulan
satu dan dua telah bergabung dan membahagikan kepada dua kumpulan untuk
berinteraksi dengan OKU. Dalam sesi interaksi ini, kami telah memahami
bagaimana OKU menjalankan kehidupan dengan lebih mendalam. OKU telah berkongsi
pengalaman mereka kepada kami. Dalam pada itu, kami juga bermain dan
berbual-bual dengan OKU.
Aktitiviti
telah djalankan sampai pukul 6 petang, dan semua orang diberi satu jam untuk
rehat dan makan malam. Masa telah sampai slot terakhir hari pertama jalinan
masyarakat. Slot terakhir merupakan belajar brailer. Brailer ialah peralatan yang
digunakan oleh OKU yang mempunyai masalah penglihatan untuk menulis selain
menggunakan komputer. OKU juga menggunakan brailer semasa peperiksaan.
Dalam sesi belajar brailer itu,
saya kagum kepada OKU dan respect kepada mereka. Saya juga berpeluang menggunakan
brailer. Brailer itu bukan peralaatan yang mudah digunakan. Setiap perkataan
alphabet perlu diingatkan dengan angka-angka tertentu dalam brailer. OKU dapat
mengingkatkan semua 26 alphabet dengan angka dan menaip dengan begitu cepat.
Kesimpulannya, saya telah
mengubah persepsi kepada OKU, memahami mereka dengan lebih mendalam dan respect
kepada mereka selepas aktiviti-aktivti sepanjang hari pertama jalinan
masyarakat ini. Disini, saya ingin menyarankan kerajaan agar menjaga kebajikan
golongan OKU seperti memastikan kemudahan-kemudahan awam mesra kepada golongan
OKU, mengecualikan GST kepada barangan-barangan OKU seperti kertas brailer dan
sebagainya.
No comments:
Post a Comment