Selepas taklimat pertama tentang pengenalan subjek
jalinan masyarkat, kumpulan kami telah berjumpa dengan wakil daripada Tun
Fatimah Global Care (TFGC), sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang aktif. TFGC
telah memperkenalkan organisasi mereka dan menjelaskan penyakit AIDS seperti
cara yang hanya dijangkit penyakit AIDS dan sebagainya.
Walaubagaimanpun,
TFGC telah memperkenalkan Rumah Anak-Anak Yatim Pinggir Tun Dr. Ismail kepada
kumpulan kami kerana takut kami rasa takut kepada penyakit AIDS. Dengan hanya
menggunakan 2-3 hari, kumpulan kami dengan pernuh kerjasama telah menyiapkan
pembentangan tentang cadangan aktviti kami.
Sebagai
ketua biro pengangkutan dan perhubungan, saya telah berhubung dengan Encik
Azman tentang program ini, dan beberapa wakil kumpulan telah berjumpa dengan
Encik Azman untuk membincang program ini. Akhirnya, kami mencapai kata sepakat
dengan Encik Azman. Kami akan membuat program motivasi selama dua hari kepada
anak-anak rumah ilham.
3 hari
program telah bertukar 2 hari program, lagi satu hari asalnya ahli kumpulan
kami cadangan memberi makanan percuma kepada yang “homeless” di sekitar kawasan
Masjid Jamek. Disebabkan faktor keselamatan, akhirnya kami telah berkerjasama
dengan kumpulan satu, untuk menjalankan aktivti dengan orang kurang upaya (OKU)
di Kolej Kediaman Tujuh (KK7).
Aktiviti
tiga hari merangkumi satu hari di KK7 dan dua hari di Rumah Anak-anak Yatim
Pinggir Tun Dr. Ismail. Perjumpaan demi perjumpaan untuk membincang aktiviti
kami seperti tentatif program, ahli yang bertanggungjawab program, peralatan
yang diperlukan, mencari tajaan dan sebagainya.
Setiap ahli
kumpulan telah berkerjasama antara satu sama lain dan pernuh bertanggungjawab
sekali untuk membuat persiapan. Persiapan demi persiapan merupakan asas
kejayaan program kami pada masa depan.
Akhirnya,
kami kumpulan kedua juga perlu berterima kasih kepada instructor kumpulan kami
Dr.Muzalwana kerana sentiasa memberi nasihat dan cadangan kepada kumpulan kami.
Beliau juga sentiasa memastikan kumpulan kami berada di landasan yang betul dan
arah yang tepat.
No comments:
Post a Comment