Pada
mulanya, saya ingat subjek Jalinan Masyarakat yang merupakan subjek wajib
diambil adalah “volunterring service”. Tetapi selepas dijelaskan oleh
insturctor kumpulan saya Dr Muzalwana dalam taklimat, jalinan masyarkat
sebenarnya bukan “volunteering service”, ia hanya aktiviti yang menjalinkan
kami mahasiswa/i dengan masyarakat, supaya mahasiawa/i dapat lebih prihatin
kepada masyarakat dan menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.
Dalam
taklimat yang pertama, ia merupakan satu sesi pengenalan kepada subjek jalinan
masyarakat. Subjek jalinan masyarakat merupakan satu subjek universiti yang
wajib diambil oleh semua pelajar universiti. Ia mempunyai dua kredit dan
mempunyai gred. Dalam pada itu, keputusan subjek itu akan diambil kira dalam
keputusan peperiksaan kami. Kami perlu membuat aktiviti selama 40 jam untuk
mememuhi kriteria subjek ini.
Dua
wakil senior Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran iaitu saudara Ahmad Herman Rodzi
dan saudara Loh Yi Peng telah menerangkan pengalaman mereka semasa mereka
melakukan aktiviti jalinan masyarakat. Mereka menyatakan bahawa mereka belajar
banyak perkara dalam aktiviti ini dan disambut baik kerana mereka berjaya
memberi kasih sayang kepada golongan yang memerlukan.
Rupa-rupanya
pada tahun lepas, pelajar diperlukan mencari tempat dan merancang aktiviti yang perlu dilakukan.
Tetapi pada tahun ini, pihak pentadbiran Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran telah
menetapkan tempat kepada kami. Pelajar Fakulti Ekonomi dan Pentabiran telah
dibahagikan kepada 6 kumpulan.
Saya dan
19 rakan lain ditempatkan dalam kumpulan 2. Insturctor kumpulan kami merupakan
Dr. Muzalwana. Asalnya, kumpulan kami adalah pergi ke rumah anak-anak AIDS.
Saya
berasa tersyukur saya diletakkkan dalam kumpulan ini kerana saya mahu buat kali
pertama dalam kehidupan saya ke tempat macam rumah anak-anak yatim, rumah
anak-anak AIDS dan sebagainya. Walaupun orang awam akan berasa takut apabila
mendengar penyakit AIDS, tetapi saya tidak berasa takut kerana saya tahu
penyakit AIDS hanya boleh dijangkit melalui hubungan seks dengan orang yang
dijangkiti AIDS, darah dan alat suntikan.
No comments:
Post a Comment