9 May
2015, yang merupakan hari Sabtu. Kami kumpulan telah bertolak ke Rumah-rumah
yatim Pinggir Tun Dr Ismail untuk menjalankan aktiviti jalinan masyarakat. Ini
merupakan kali pertama dalam kehidupan saya pergi ke rumah anak-anak yatim.
Walaubagaimanpun,
kami telah lewat ke Rumah-rumah yatim Pinggir Tun Dr Ismail disebabkan
kesesakan lalu lintas. Apabila tiba di rumah ilham (atau dipanggil rumah
anak-anak yatim), kami diberitahu kena mengubahkan tentatif program kerana
pengetua rumah ilham akan datang. Mereka meminta kami membuat program motivasi
dulu.
Aktiviti
dimulakan dengan sesi pengenalan dan pembahagian kumpulan. Saya dengan Sindusa
telah menjadi fasilitator bagi kumpulan LMNTRIX ZONE yang terdiri daripada
Aman, Daus, Syarul, Injad dan Hakim. Tugas saya dan Sindusa adalah memberi
nasihat dan cadangan kepada ahli kumpulan untuk menyiapkan tugasan seperti
mencipta logo kumpulan, tulis dan lukiskan impian mereka. Saya berasa gembira
kerana ahli kumpulan adalah sangat aktif dan mempunyai initiative. Tugasan
telah disiapkan dengan penuh kerjasama setiap ahli kumpulan. Setiap ahli
kumpulan kerjasama antara satu sama lain dengan baik sekali dan tidak wujud
pertengkaran langsung.
Pembentangan
tugasan oleh ahli kumpulan telah dijalankan selepas motivasi yang diberi oleh
Kak Illi dan makan tengah hari. Walaupun ahli kumpulan saya terdiri daripada
pelajar darjah lima hingga tingkatan dua, namun mereka juga dapat membentangkan
tugasan mereka iaitu tentang logo kumpulan dan impian mereka dengan baik
sekali.
Selepas
sesi pembentangan, kami menjalankan aktiviti yang relax iaitu ajar mereka
tentang cheers UM , futsal dan permainan tujuh kasut. Anak-anak di rumah ilham
sangat enjoy semasa membuat cheers seperti “siswa UM”, “kemuru jiwa” dan
lain-lain. Apa yang membuat paling gembira adalah main futsal. Namun, futsal
hanya membenarkan 12 orang main kerana
terdapat satu court sahaja. Oleh itu, yang lain telah bermain permainan
tujuh kasut di padang.
Pada
pukul 6.15 petang, kami menamatkan aktiviti hari pertama di rumah ilham. Kak
Pui Pui telah mewakili ayahnya menderma 10 mainan molopoly kepada rumah ilham.
Anak-anak
di rumah ilham sangat comel, initiative, berdikari, bertanggunjawab,
bekerjasama. Sikap sebegini telah memberi memori yang mendalam dalam otak saya.
Harap sikap sebegini diteruskan supaya dapat mendorong mereka berjaya pada masa
depan.
Saya
juga inigin berterima kasih kepada tuhan kerana memberi keluarga yang sempurna
kepada saya. Walaupun saya berasal dari keluarga golongan pendapatan tengah (middle
class), tetapi saya tetap bersyukur kerana kehidupan saya lebih baik daripada
kehidupan di rumah ilham. Saya janji
saya akan membantu gologangan yang memerlukan jika saya berjaya dan kaya pada
suatu hari nanti.
No comments:
Post a Comment