Selepas dua minggu menjalankan aktiviti jalinan
masyarakat, akhirnya kami mengadakan mesyuarat untuk post-mortem aktiviti ini.
Walaupun dua minggu ini merupakan minggu yang sibuk, sibuk dengan assignment,
mid-term test, Agung Mesyuarat Tahunan (AGM) persatuan dan sebagainya, saya
tetap mengingati masa menjalankan aktivit jalinan masyarakat, mengingati
senyuman anak-anak rumah ilham.
Post-mortem diadakan pada 22 Mei
(Jumaat) di Bangunan Seri Jati, Kolej Kediaman Tujuh. Tujuan post-mortem ini
bertujuan mengkaji kelemahan aktiviti kami dan memberi cadangan. Walaupun
mungkin tiada aktiviti jalinan masyarakat pada masa depan lagi, tetapi ia juga
berguna untuk aktivit-aktiviti yang dijalankan pada masa depan. Ia membolehhkan
kami membaiki kelemahan kita. Secara kesuluruhan, aktivit jalinan masyarakat
kumpulan kami menjalankan dengan baik dan saya disini ingin mengucapkan terima
kasih kepada ketua kumpulan, Yip, semua ahli kumpulan dan instruktor kumpulan
kami Dr. Muzalwana.
Selain itu, post-mortem juga
membincang tentang pembentangan yang akan diadakan pada minggu ke-13. 10 ahli
kumpulan yang belum membuat pembentangan sebelum ini akan dibahagi kepada dua
bahagian, 5 ahli kumpulan akan membuat laporan khusus manakala lima orang ahli
kumpulan yang lain akan membuat pembentangan laporan. Saya yang belum mebuat
pembentangan sebelum ini akan membuat pembentangan laporan. Pembentangan akan
dijalankan pada 29 Mei (Jumaat).
Akhirnya, post-mortem akhir
selepas berbincang selama 1 jam setengah. Saya sangat bersyukur kerana dapat menjalankan
aktiviti jalinan masyarakat ini. Haraplah, saya dapat menjalankan aktivit
jalinan masyarakat atau “volunteering service” pada masa depan.
No comments:
Post a Comment