Hari ini
kami telah datang pada tepat 9 pagi. Setelah kami tiba di rumah ilham,
anak-anak sudah gembira untuk menyambut kami. Pagi ini dimulakan dengan senam
robik. Oleh sebab kebanyakkan ahli kumpulan belum makan sarapan, saya, kok
siang dan pui pui telah berjalan ke kedai yang berhampiran untuk memberi roti
kepada ahli kumpulan.
Senam
robik telah meningkatkan semangat anak-anak rumah ilham bagi membolehkan mereka
menumpukan perhatian kepada aktiviti yang seterusnya. Aktiviti yang seterusnya
lepas senam robik merupakan sesi motivasi oleh kak illi dan sesi sharing.
Anak-anak telah memberi perhatian yang secukupnya kepada aktiviti yang
disediakan oleh kami. Semasa aktiviti dijalankan, saya dan sekumpulan ahli
seperti Pui Pui, Kok Siang, Kak May dan Daphane telah membuat persiapan
cenderahati iaitu “bookmark” bagi anak-anak.
Selepas
makan tengah hari, kami telah melawat bilik anak-anak, membantu mereka
mengemaskan bilik. Tambahan pula, kami juga meluangkan masa mengajar mereka
tentang pelajaran, teman mereka menonton televisyen, berkongsi pengalaman kami
kepada mereka dan sebagainya. Disini, saya dapat melihat anak-anak rumah ilham
bersungguh-sungguh untuk belajar. Walaupun terpaksa tinggi di rumah ilham,
tetapi masih tekad menjalani kehidupan dengan positive. Semangat mereka patut
dipuji.
Akhirnya,
kami meninggalkan rumah ilham pada pukul 4 petang. Jalinan masyarakat ini telah
memberi memori dan pengalaman yang berharga kepada saya. Saya juga belajar
banyak perkara sepanjang jalinan masyarakat ini. Terima kasih kepada pihak
Rumah Ilham Pinggir Tun Dr Ismail kerana sudi mengizinkan kami menjalankan
aktiviti jalinan masyarakat. Terima kasih juga diucapkan kepada partner
fasilitator saya Sindusa, ahli-ahli kumpulan lain dan instuktor kumpulan kami
Dr. Muzalwana.
No comments:
Post a Comment