Wednesday, 27 May 2015

Post-mortem


           Selepas dua minggu menjalankan aktiviti jalinan masyarakat, akhirnya kami mengadakan mesyuarat untuk post-mortem aktiviti ini. Walaupun dua minggu ini merupakan minggu yang sibuk, sibuk dengan assignment, mid-term test, Agung Mesyuarat Tahunan (AGM) persatuan dan sebagainya, saya tetap mengingati masa menjalankan aktivit jalinan masyarakat, mengingati senyuman anak-anak rumah ilham.

 

Post-mortem diadakan pada 22 Mei (Jumaat) di Bangunan Seri Jati, Kolej Kediaman Tujuh. Tujuan post-mortem ini bertujuan mengkaji kelemahan aktiviti kami dan memberi cadangan. Walaupun mungkin tiada aktiviti jalinan masyarakat pada masa depan lagi, tetapi ia juga berguna untuk aktivit-aktiviti yang dijalankan pada masa depan. Ia membolehhkan kami membaiki kelemahan kita. Secara kesuluruhan, aktivit jalinan masyarakat kumpulan kami menjalankan dengan baik dan saya disini ingin mengucapkan terima kasih kepada ketua kumpulan, Yip, semua ahli kumpulan dan instruktor kumpulan kami Dr. Muzalwana.

 

Selain itu, post-mortem juga membincang tentang pembentangan yang akan diadakan pada minggu ke-13. 10 ahli kumpulan yang belum membuat pembentangan sebelum ini akan dibahagi kepada dua bahagian, 5 ahli kumpulan akan membuat laporan khusus manakala lima orang ahli kumpulan yang lain akan membuat pembentangan laporan. Saya yang belum mebuat pembentangan sebelum ini akan membuat pembentangan laporan. Pembentangan akan dijalankan pada 29 Mei (Jumaat).

 

Akhirnya, post-mortem akhir selepas berbincang selama 1 jam setengah. Saya sangat bersyukur kerana dapat menjalankan aktiviti jalinan masyarakat ini. Haraplah, saya dapat menjalankan aktivit jalinan masyarakat atau “volunteering service” pada masa depan. 

Monday, 25 May 2015

Hari kedua di rumah ilham


            Hari ini kami telah datang pada tepat 9 pagi. Setelah kami tiba di rumah ilham, anak-anak sudah gembira untuk menyambut kami. Pagi ini dimulakan dengan senam robik. Oleh sebab kebanyakkan ahli kumpulan belum makan sarapan, saya, kok siang dan pui pui telah berjalan ke kedai yang berhampiran untuk memberi roti kepada ahli kumpulan.

                                                             

            Senam robik telah meningkatkan semangat anak-anak rumah ilham bagi membolehkan mereka menumpukan perhatian kepada aktiviti yang seterusnya. Aktiviti yang seterusnya lepas senam robik merupakan sesi motivasi oleh kak illi dan sesi sharing. Anak-anak telah memberi perhatian yang secukupnya kepada aktiviti yang disediakan oleh kami. Semasa aktiviti dijalankan, saya dan sekumpulan ahli seperti Pui Pui, Kok Siang, Kak May dan Daphane telah membuat persiapan cenderahati iaitu “bookmark” bagi anak-anak. 

 


            Selepas makan tengah hari, kami telah melawat bilik anak-anak, membantu mereka mengemaskan bilik. Tambahan pula, kami juga meluangkan masa mengajar mereka tentang pelajaran, teman mereka menonton televisyen, berkongsi pengalaman kami kepada mereka dan sebagainya. Disini, saya dapat melihat anak-anak rumah ilham bersungguh-sungguh untuk belajar. Walaupun terpaksa tinggi di rumah ilham, tetapi masih tekad menjalani kehidupan dengan positive. Semangat mereka patut dipuji.

 
 
 
 
 
 


            Akhirnya, kami meninggalkan rumah ilham pada pukul 4 petang. Jalinan masyarakat ini telah memberi memori dan pengalaman yang berharga kepada saya. Saya juga belajar banyak perkara sepanjang jalinan masyarakat ini. Terima kasih kepada pihak Rumah Ilham Pinggir Tun Dr Ismail kerana sudi mengizinkan kami menjalankan aktiviti jalinan masyarakat. Terima kasih juga diucapkan kepada partner fasilitator saya Sindusa, ahli-ahli kumpulan lain dan instuktor kumpulan kami Dr. Muzalwana.



 

Hari pertama di rumah ilham



            9 May 2015, yang merupakan hari Sabtu. Kami kumpulan telah bertolak ke Rumah-rumah yatim Pinggir Tun Dr Ismail untuk menjalankan aktiviti jalinan masyarakat. Ini merupakan kali pertama dalam kehidupan saya pergi ke rumah anak-anak yatim.

                                    
 


            Walaubagaimanpun, kami telah lewat ke Rumah-rumah yatim Pinggir Tun Dr Ismail disebabkan kesesakan lalu lintas. Apabila tiba di rumah ilham (atau dipanggil rumah anak-anak yatim), kami diberitahu kena mengubahkan tentatif program kerana pengetua rumah ilham akan datang. Mereka meminta kami membuat program motivasi dulu.


 

            Aktiviti dimulakan dengan sesi pengenalan dan pembahagian kumpulan. Saya dengan Sindusa telah menjadi fasilitator bagi kumpulan LMNTRIX ZONE yang terdiri daripada Aman, Daus, Syarul, Injad dan Hakim. Tugas saya dan Sindusa adalah memberi nasihat dan cadangan kepada ahli kumpulan untuk menyiapkan tugasan seperti mencipta logo kumpulan, tulis dan lukiskan impian mereka. Saya berasa gembira kerana ahli kumpulan adalah sangat aktif dan mempunyai initiative. Tugasan telah disiapkan dengan penuh kerjasama setiap ahli kumpulan. Setiap ahli kumpulan kerjasama antara satu sama lain dengan baik sekali dan tidak wujud pertengkaran langsung.

 
 


            Pembentangan tugasan oleh ahli kumpulan telah dijalankan selepas motivasi yang diberi oleh Kak Illi dan makan tengah hari. Walaupun ahli kumpulan saya terdiri daripada pelajar darjah lima hingga tingkatan dua, namun mereka juga dapat membentangkan tugasan mereka iaitu tentang logo kumpulan dan impian mereka dengan baik sekali.

 


            Selepas sesi pembentangan, kami menjalankan aktiviti yang relax iaitu ajar mereka tentang cheers UM , futsal dan permainan tujuh kasut. Anak-anak di rumah ilham sangat enjoy semasa membuat cheers seperti “siswa UM”, “kemuru jiwa” dan lain-lain. Apa yang membuat paling gembira adalah main futsal. Namun, futsal hanya membenarkan 12 orang main kerana  terdapat satu court sahaja. Oleh itu, yang lain telah bermain permainan tujuh kasut di padang.

 

            Pada pukul 6.15 petang, kami menamatkan aktiviti hari pertama di rumah ilham. Kak Pui Pui telah mewakili ayahnya menderma 10 mainan molopoly kepada rumah ilham.

 
 
 
 


            Anak-anak di rumah ilham sangat comel, initiative, berdikari, bertanggunjawab, bekerjasama. Sikap sebegini telah memberi memori yang mendalam dalam otak saya. Harap sikap sebegini diteruskan supaya dapat mendorong mereka berjaya pada masa depan.

 

            Saya juga inigin berterima kasih kepada tuhan kerana memberi keluarga yang sempurna kepada saya. Walaupun saya berasal dari keluarga golongan pendapatan tengah (middle class), tetapi saya tetap bersyukur kerana kehidupan saya lebih baik daripada kehidupan di rumah ilham.  Saya janji saya akan membantu gologangan yang memerlukan jika saya berjaya dan kaya pada suatu hari nanti.
 
 

Sunday, 24 May 2015

Prihatin terhadap OKU


                                                      
            Pada 9 May 2015, kumpulan kedua telah menjalankan hari pertama jalinan masyarkat di Kolej Kediaman Ketujuh (KK7). Kumpulan kedua telah berkerjasama dengan kumpulan satu untuk menjayakan aktiviti ini.


 
 
            Aktiviti dimulakan dengan sesi motivasi yang bernama Disability Equity Training (DET). Sesi motivasi ini telah menjemput Encik Firdaus untuk menyampaikan ceramah. Encik Firdaus yang merupakan seorang orang kurang upaya (OKU) yang menginap di KK7 berkerja di Seksyen Kaunseling dan Kebajikan OKU University Malaya, malah beliau sebelum itu pernah menjadi pemudahcara mahasiswa semasa mingguhaluansiswa.

 

            Hasil selama satu jam sesi motivasi Disability Equity itu, saya lebih memahami dan memberi hormat kepada OKU. Kita perlu mengubah persepsi kita terhadap OKU. Sebelum itu, kita sering kesian dan simpati terhadap OKU. Tetapi sebenarnya, OKU boleh menjalankan aktiviti seperti orang biasa seperti membaca, membasuh baju, belajar, menggunakan komputer, menganjurkan aktiviti seperti PERMIUM dan sebagainya. Oleh itu, kita perlu melihat OKU sebagai orang biasa dan bukanlah melayan mereka sebagai golangan “istimewa” dan menghormatkan mereka.
 


            Selepas itu, aktivti dijalankan seterusnya adalah sesi interaksi dengan OKU. Kumpulan satu dan dua telah bergabung dan membahagikan kepada dua kumpulan untuk berinteraksi dengan OKU. Dalam sesi interaksi ini, kami telah memahami bagaimana OKU menjalankan kehidupan dengan lebih mendalam. OKU telah berkongsi pengalaman mereka kepada kami. Dalam pada itu, kami juga bermain dan berbual-bual dengan OKU.

 


            Aktitiviti telah djalankan sampai pukul 6 petang, dan semua orang diberi satu jam untuk rehat dan makan malam. Masa telah sampai slot terakhir hari pertama jalinan masyarakat. Slot terakhir merupakan belajar brailer. Brailer ialah peralatan yang digunakan oleh OKU yang mempunyai masalah penglihatan untuk menulis selain menggunakan komputer. OKU juga menggunakan brailer semasa peperiksaan.

 


Dalam sesi belajar brailer itu, saya kagum kepada OKU dan respect kepada mereka. Saya juga berpeluang menggunakan brailer. Brailer itu bukan peralaatan yang mudah digunakan. Setiap perkataan alphabet perlu diingatkan dengan angka-angka tertentu dalam brailer. OKU dapat mengingkatkan semua 26 alphabet dengan angka dan menaip dengan begitu cepat.

 

Kesimpulannya, saya telah mengubah persepsi kepada OKU, memahami mereka dengan lebih mendalam dan respect kepada mereka selepas aktiviti-aktivti sepanjang hari pertama jalinan masyarakat ini. Disini, saya ingin menyarankan kerajaan agar menjaga kebajikan golongan OKU seperti memastikan kemudahan-kemudahan awam mesra kepada golongan OKU, mengecualikan GST kepada barangan-barangan OKU seperti kertas brailer dan sebagainya.

 

PERSIAPAN DEMI PERSIAPAN




           Selepas taklimat pertama tentang pengenalan subjek jalinan masyarkat, kumpulan kami telah berjumpa dengan wakil daripada Tun Fatimah Global Care (TFGC), sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang aktif. TFGC telah memperkenalkan organisasi mereka dan menjelaskan penyakit AIDS seperti cara yang hanya dijangkit penyakit AIDS dan sebagainya.

                          
                                   

            Walaubagaimanpun, TFGC telah memperkenalkan Rumah Anak-Anak Yatim Pinggir Tun Dr. Ismail kepada kumpulan kami kerana takut kami rasa takut kepada penyakit AIDS. Dengan hanya menggunakan 2-3 hari, kumpulan kami dengan pernuh kerjasama telah menyiapkan pembentangan tentang cadangan aktviti kami.

 

            Sebagai ketua biro pengangkutan dan perhubungan, saya telah berhubung dengan Encik Azman tentang program ini, dan beberapa wakil kumpulan telah berjumpa dengan Encik Azman untuk membincang program ini. Akhirnya, kami mencapai kata sepakat dengan Encik Azman. Kami akan membuat program motivasi selama dua hari kepada anak-anak rumah ilham.

 

            3 hari program telah bertukar 2 hari program, lagi satu hari asalnya ahli kumpulan kami cadangan memberi makanan percuma kepada yang “homeless” di sekitar kawasan Masjid Jamek. Disebabkan faktor keselamatan, akhirnya kami telah berkerjasama dengan kumpulan satu, untuk menjalankan aktivti dengan orang kurang upaya (OKU) di Kolej Kediaman Tujuh (KK7).

 


            Aktiviti tiga hari merangkumi satu hari di KK7 dan dua hari di Rumah Anak-anak Yatim Pinggir Tun Dr. Ismail. Perjumpaan demi perjumpaan untuk membincang aktiviti kami seperti tentatif program, ahli yang bertanggungjawab program, peralatan yang diperlukan, mencari tajaan dan sebagainya.

 


            Setiap ahli kumpulan telah berkerjasama antara satu sama lain dan pernuh bertanggungjawab sekali untuk membuat persiapan. Persiapan demi persiapan merupakan asas kejayaan program kami pada masa depan.

 

            Akhirnya, kami kumpulan kedua juga perlu berterima kasih kepada instructor kumpulan kami Dr.Muzalwana kerana sentiasa memberi nasihat dan cadangan kepada kumpulan kami. Beliau juga sentiasa memastikan kumpulan kami berada di landasan yang betul dan arah yang tepat.

 

Thursday, 14 May 2015

DARI TITIK PERMULAAN



            Pada mulanya, saya ingat subjek Jalinan Masyarakat yang merupakan subjek wajib diambil adalah “volunterring service”. Tetapi selepas dijelaskan oleh insturctor kumpulan saya Dr Muzalwana dalam taklimat, jalinan masyarkat sebenarnya bukan “volunteering service”, ia hanya aktiviti yang menjalinkan kami mahasiswa/i dengan masyarakat, supaya mahasiawa/i dapat lebih prihatin kepada masyarakat dan menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

 

            Dalam taklimat yang pertama, ia merupakan satu sesi pengenalan kepada subjek jalinan masyarakat. Subjek jalinan masyarakat merupakan satu subjek universiti yang wajib diambil oleh semua pelajar universiti. Ia mempunyai dua kredit dan mempunyai gred. Dalam pada itu, keputusan subjek itu akan diambil kira dalam keputusan peperiksaan kami. Kami perlu membuat aktiviti selama 40 jam untuk mememuhi kriteria subjek ini.

 


            Dua wakil senior Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran iaitu saudara Ahmad Herman Rodzi dan saudara Loh Yi Peng telah menerangkan pengalaman mereka semasa mereka melakukan aktiviti jalinan masyarakat. Mereka menyatakan bahawa mereka belajar banyak perkara dalam aktiviti ini dan disambut baik kerana mereka berjaya memberi kasih sayang kepada golongan yang memerlukan.

 


            Rupa-rupanya pada tahun lepas, pelajar diperlukan mencari tempat  dan merancang aktiviti yang perlu dilakukan. Tetapi pada tahun ini, pihak pentadbiran Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran telah menetapkan tempat kepada kami. Pelajar Fakulti Ekonomi dan Pentabiran telah dibahagikan kepada 6 kumpulan.

 

            Saya dan 19 rakan lain ditempatkan dalam kumpulan 2. Insturctor kumpulan kami merupakan Dr. Muzalwana. Asalnya, kumpulan kami adalah pergi ke rumah anak-anak AIDS.
 



            Saya berasa tersyukur saya diletakkkan dalam kumpulan ini kerana saya mahu buat kali pertama dalam kehidupan saya ke tempat macam rumah anak-anak yatim, rumah anak-anak AIDS dan sebagainya. Walaupun orang awam akan berasa takut apabila mendengar penyakit AIDS, tetapi saya tidak berasa takut kerana saya tahu penyakit AIDS hanya boleh dijangkit melalui hubungan seks dengan orang yang dijangkiti AIDS, darah dan alat suntikan.